Tuesday, June 24, 2008

Kejoraku Bersatu..

Dirimu persis bintang terbit dari langit
bukanlah mimpi-mipiku
di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
kamar hati ku hiasi
biar cantik biar baru
semuanya keranamu
oh yang lemah kini gagah
asal buruk jadi indah
kerana sentuhan cintamu
ku susun langkah melayarkan hari indah
bersamamu

Lilin diri takkan padam
seandainya engkau adalah sumbunya
kaulah puteri ku dambakan
bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga seluruh jiwaku
biarlah karam berdua
asal kau tak terlepas dari genggamanku
biar ku lamar sahih dirimu
menjadi ratu
beradu dalam pelukanku
KEJORAKU BERSATU..