Setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
bermula di saat itu
tidak senada irama dan lagu
begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh yang hilang berganti
kau telah jauh
jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu
namun harus ku akui
ada ketika di minda kau menjelma kembali
sekali sekala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan
begitu hidup ini
tiada yg abadi
yang patah tumbuh yang hilang berganti
kau telah jauh
jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu
namun harus ku akui
ada ketika di minda
kau menjelma kembali
tak mungkin kerana sayang
hanya kadang kala
aku terkenang..